Tuesday 24 July 2012

Hossi 6


TINTA CINTA 6
FITRIA yang baru selesai mandi terus masuk ke dalam bilik. Dia menyarungkan T-shirt hijau dan kain batik.Setelah selesai menyapu bedak Johnson ke wajahnya, dia berbaring di atas katil. Pagi Sabtu itu amat membosankan. Di dalam bilik itu hanya tinggal Fitria dengan Aisya. Afiqa dan Syira pagi-pagi lagi sudah menghilang. Aisya kelihatan sedang membaca novel.
                 Fitria menuju ke arah Aisya dan berbaring di sebelah Aisya.
                 “Aisya,” panggilnya bernada.
                 “Ya,” balas Aisya dengan nada yang sama. Matanya tidak teralih dari bacaannya. Novel karya Damia Hana itu mencuit minatnya.
                 “Aisya, nak tanya boleh tak?” soal Fitria sambil bermain rambut Aisya yang ikal itu.
                 “Tanya apa?” Aisya menutup novel dan diletakkan di sebelah. Dia faham pasti Fitria betul-betul  kebosanan. Dia harus melayan teman biliknya yang manja ini.
                “Aisya ada boyfriend tak?”
                “Boyfriend? Erm tak ada. Setakat minat tu ada la. Kenapa tiba-tiba tanya ni?”
               “Saja tanya. Ria tengok Aisya jarang berkepit dengan handphone. Tu yang tanya,” balas Fitria.
                “Ria ada boyfriend?” giliran Aisya pula bertanya.
                “Ada,” jawab Fitria ringkas sambil terangguk-angguk.
                “Umur berapa? Belajar kat mana? Nama apa?” soal Aisya bertubi-tubi.
                “Nama dia Shauqi. Sebaya dengan kita. Dia pun belajar dekat sini juga,” jawab Fitria sambil tersenyum gatal.
                 “Seriously? Kenapa Ria tak pernah bagitahu Aisya? AAisya pun tak pernah Nampak Ria jumpa dia kat sini,”
                 “Alah, Aisya tak pernah tanya. Ria diam aje la. Lagipun Ria dengan dia memang jarang jumpa. Sejak kita belajar kat sini, kami tak pernah keluar berdua. Setakat berbalas senyuman tu selalu juga,” terang Fitria panjang lebar.
                   Aisya semakin berminat ingin mengetahui hubungan Fitria. Berbagai soalan yang keluar. Macam

Monday 23 July 2012

Hossi 5


Erol

TINTA CINTA 5
PAGI itu mereka tiada kelas. Jadi Aisya, Amalina, Syafinaz dan Atira berkumpul di One Stop Centre, tempat di mana para pelajar akan menelaah jika ada waktu terluang.
              “Nasib baik kelas pagi ni cancelled kan,” ucap Aisya.
               “Kanapa pula?” soal Amalina kehairanan. Selalunya Aisya akan kecewa jika kelas batal. Namun pagi ini gadis itu nampak gembira.
               “Takde la. Sebenarnya homework untuk kelas tutorial math petang ni Aisya tak complete lagi.So sekarang ni ada masa free, bolehlah Aisya siapkan,” jawab Aisya ceria.
               “Aisya, andai kata kelas pagi ni tak cancel, apa kau nak buat?” soal Atira pula.
               “Ala, apa susah, macam biasa la.Aisya copy and paste korang punyer jawapan la,” jawab Aisya sambil tergelak.
               “Nak copy and paste? Tengok muka-muka ni, dah boleh agak, dorang pon tak siap lagi,” Syafinaz menyampuk sambil memandang Atira dan Amalina. Atira mencebik manakala Amalina tergelak mendengar kata-kata Syafinaz.
                 “Yela, yela. Aku nak buat la ni,” Atira memuncungkan bibirnya. Aisya tergelak sambil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...