Tuesday, 24 July 2012

Hossi 6


TINTA CINTA 6
FITRIA yang baru selesai mandi terus masuk ke dalam bilik. Dia menyarungkan T-shirt hijau dan kain batik.Setelah selesai menyapu bedak Johnson ke wajahnya, dia berbaring di atas katil. Pagi Sabtu itu amat membosankan. Di dalam bilik itu hanya tinggal Fitria dengan Aisya. Afiqa dan Syira pagi-pagi lagi sudah menghilang. Aisya kelihatan sedang membaca novel.
                 Fitria menuju ke arah Aisya dan berbaring di sebelah Aisya.
                 “Aisya,” panggilnya bernada.
                 “Ya,” balas Aisya dengan nada yang sama. Matanya tidak teralih dari bacaannya. Novel karya Damia Hana itu mencuit minatnya.
                 “Aisya, nak tanya boleh tak?” soal Fitria sambil bermain rambut Aisya yang ikal itu.
                 “Tanya apa?” Aisya menutup novel dan diletakkan di sebelah. Dia faham pasti Fitria betul-betul  kebosanan. Dia harus melayan teman biliknya yang manja ini.
                “Aisya ada boyfriend tak?”
                “Boyfriend? Erm tak ada. Setakat minat tu ada la. Kenapa tiba-tiba tanya ni?”
               “Saja tanya. Ria tengok Aisya jarang berkepit dengan handphone. Tu yang tanya,” balas Fitria.
                “Ria ada boyfriend?” giliran Aisya pula bertanya.
                “Ada,” jawab Fitria ringkas sambil terangguk-angguk.
                “Umur berapa? Belajar kat mana? Nama apa?” soal Aisya bertubi-tubi.
                “Nama dia Shauqi. Sebaya dengan kita. Dia pun belajar dekat sini juga,” jawab Fitria sambil tersenyum gatal.
                 “Seriously? Kenapa Ria tak pernah bagitahu Aisya? AAisya pun tak pernah Nampak Ria jumpa dia kat sini,”
                 “Alah, Aisya tak pernah tanya. Ria diam aje la. Lagipun Ria dengan dia memang jarang jumpa. Sejak kita belajar kat sini, kami tak pernah keluar berdua. Setakat berbalas senyuman tu selalu juga,” terang Fitria panjang lebar.
                   Aisya semakin berminat ingin mengetahui hubungan Fitria. Berbagai soalan yang keluar. Macam
mana kenal? Dah berapa lama couple? Siapa yang tackle siapa? Dan macam-macam lagi. Fitria pula ringan mulut menjawab setiap persoalan AAisya. Lama mereka berborak tentang perasaan.
                 “Amboi, rancaknya berbual. Mengumpatlah tu,” kedengaran suara Afiqa dari muka pintu bilik. Kelihatan Syira juga bersamanya. Kepulangan mereka disambut dengan tawa Aisya dan Fitria.
                 “Aisya, tadi kitaorang ada terjumpa Amalina. Pastu dia ada tersebut pasal Mr Dimple. Bila aku tanya siapa Mr Dimple, dia suruh aku tanya kau pula. Siapa?” belum sempat membuka tudung, Syira berbaring di sebelah Aisya.
                  “Mr Dimple? Ada la sorang mamat ni. Tak penting pun,”jawab Aisya ringkas. Sebenarnya dia malu mengenangkan peristiwa yang berlaku di tangga tempoh hari. Setiap hari jika terserempak dengan Mr Dimple, dia cuba mengelakkan dari bertemu pandangan. Malu dengan lelaki itu.
                 “Ala Aisya, ceritalah. Dengan roommate pun nak berahsia,” pujuk Syira sedikit memaksa. Afiqa dan Fitria pula sudah menunggu cerita Aisya.
                 Aisya mengalah. Akhirnya dia menceritakan segala peristiwa yang terjadi. Bagaimana oertemuan pertamanya dengan Mr Dimple. Kenapa diberi gelaran Mr Dimple. Gelaran itu diberikan oleh Amalina. Menurut Amalina, gelaran Mr Dimple sesuai diberikan kepada lelaki itu kerana lelaki itu mempunyai lesung pipit di pipi sebelah kirinya. Entah betul atau tidak, Aisya sendiri tidak pasti. Waktu ‘peristiwa’ itu berlaku, tidak pula dia perasan tentang kewujudan lesung pipit lelaki itu.
                 “Handsome tak?” Afiqa bertanya bersungguh.
                 “Entah. Aisya pun dah lupa rupa dia,” jawab Aisya pula. Walaupun hampir setiap hari mereka terserempak, Aisya tidak pernah memandang lelaki itu. Tatkala terlihat lelaki itu, dia menjadi malu. Malu teringatkan peristiwa itu walaupun sudah lebih seminggu ianya terjadi.
                   Sedang mereka berempat asyik berbual, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu diiringi salam.Afiqa bangkit dan membuka pintu. Kelihatan seorang gadis tersenyum berdiri di situ.
                   “Assalamualaikum, ini bilik Aisya ke?” soal perempuan bertudung merah jambu itu.
                   “Aisya, ada orang nak jumpa,” panggil Afiqa. Aisya cepat-cepat bangkit dan melangkah ke  arah gadis itu. “Ada apa ya?”
                    “Ada orang minta saya tolong hantarkan barang untuk awak,” jawab gadis itu sambil menghulurkan bungkusan kepada Aisya.
                    “Siapa yang kasi?” Aisya menyambut bungkusan itu.
                    “Kat dalam tu ada kad, awak baca ye,”jawab gadis itu lagi sebelum meminta diri.
                   Aisya membuka bungkusan itu. Terdapat beberapa bar coklat yang diikat rapi dengan reben merah.
                   “Wah Aisya. Untungnya dapat coklat. Siapa yang kasi?”
                   Aisya membuka kad merah yang terselit di antara bar coklat itu. Tergumam dia membaca nama si pemberi coklat.
                   “Entah-entah Mr Dimple yang kasi,” usik Fitria disambut yang lain.
                  Aisya tersenyum kelat. Dia hanya menafikan di dalam hati.
Untuk Aisya,
Coklat ini sebagai tanda saya ‘melamar’ awak sebagai kawan.
Harap awak sudi terima.
Erol.


p/s: boleh x korang tolong kilik button donate kat bawah.. please..  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...