Thursday, 21 June 2012

Hossi 4


                TINTA CINTA 4
AISYA mempercepatkan langkahnya. Dia benar-benar terlambat. Pasti Miss Lee sedang menunggunya. Tidak pun pasti sudah ada pelajar lain yang consult dengan pensyarah itu. Langkahnya semakin laju. Bukan senang nak mandapatkan Miss Lee. Harus dibuat temu janji dahulu baru dapat dengannya. Maklumlah Miss Lee adalah salah seorang pensyarah Kimia paling hebat di kolej ini.
                 Aisya menarik nafas. Kadang-kadang dia berlari anak. Kemudian mendaki tangga. Unit Kimia terletak di aras 3. Langkahnya semakin panjang. Kadang-kadang dua anak tangga dilangkahinya. Namun entah mengapa dia hilang pertimbangan. Badannya jatuh ke belakang. Aisya  memejamkan mata. Aku jatuh tangga? Alamak! Apa akan jadi padaku? Patah kaki atau patah tangan atau mati?
                  Aisya terasa badannya di awangan. Kakinya sudah tidak berjijak di bumi.Sudah matikah aku? Dia terasa seperti ada sesuatu yang memegangnya. Aisya cuba membuka mata. Dia begitu terkejut melihat wajah seorang lelaki sedang memandangnya. Dekat sekali.

Wednesday, 20 June 2012

Hossi 3


TINTA CINTA 3
AISYA asyik termenung. Penerangan pensyarah di hadapan sedikit pun dia tidak berminat. Sungguh hatinya bercelaru. Mungkin dirinya kini berada di dalam Dewan Kuliah 2, namun hatinya jauh tersadai di rumah keluarganya di Johor. Apa agaknya atok tengah buat sekarang? Hari ini nenek masak apa ye? Mengingatkan masakan neneknya membuatkan lidahnya menjadi kecur. Dia menjilat bibirnya. Wah sedapnya asam pedas yang nenek masak ni!! Terasa bagaikan bau masakan neneknya sampai menusuk deria baunya.
             Aisya kembali ke dunia nyata. Dia sedar itu hanyalah bayangan semata-mata. Aisya memandang ke hadapan. Dia cuba memberi perhatian kepada penerangan Puan Sazila tentang DNA. Sebaris sahaja kata-kata Puan Sazila yang sampai ke otaknya. Fikirannya kembali melayang. Agak-agak mama tengah buat apa ye? Hatinya bertanya lagi. Tiba-tiba dia tergelak sendiri. ‘Apa la aku ni, sah-sah la mama tengah kerja sekarang’. Hatinya menjawab kembali.
           

Sunday, 3 June 2012

Akhirnya!!

Hari ini,3 jun 2012, sy tlah membuat stu lagi blog!! Millions Words Mayra Hazim.. Btw.. Assalamualaikum, hye! saya Mayra Hazim, u can call me May.. saya mmg dari dulu berminat dalam menulis but msa xmengizinkan.. memandangkan selama ni saya busy sgt so sy xdpt menulis.. tp skrg sy tgh cuti panjang.. so ini lah mase nyer untuk sy merealisasikan impian saya!! so hope u guys can enjoy my karya... and also dont forget to follow my other blog also..  Bling Bling Pink Mayra Hazim.. so thats all from me now.. Selamat berkenalan,, :)

KHATIMAH CINTA


Basith mengeluh.Matanya tepat memandang ke arah tunang kesayangannya yang leka memilih cincin bagi perkahwinan mereka.”Haz..”Hazmira berpaling ke arah tunangnya pabila mendengar namanya dipanggil.”Ya  abang,”dia menjawab.Hati Basith serta merta menjadi sejuk mendengar panggilan itu.Sepanjang perhubungan mereka sebelun ini,mereka hanya membiasakan diri mereka ‘saya dan awak’ sahaja,tetapi selepas mengikat tali pertunangan 2 bulan lepas,Hazmira mempraktikkan panggilan ‘abang’ kepada Basith.


    “Sebenarnya sa..mm..abang ada sesuatu nak kasi tahu,”Hazmira menanti tanpa sebarang kata. Basith menarik nafas.Adakah aku sudah bersadia untuk mengulasnya?Hatinya berbisik.
        “Emm,nantilah abang kasi tahu,ni,abang rasa cincin ini sesuai dengan Haz,” Basith mengajukan jarinya ke arah satu cincin yang indah bertatahkan berlian.Hazmira tersenyum ke arah Basith usai melihat cincin itu.Sepertinya dia suka.
       “Seterusnya di tangga yang pertama,dendangan dari kumpulan 6ixth Sense,Khatimah Cinta,Suria 30.”kedengaran suara dj berdialog dalam radio di kedai cincin itu.


Sudah la sudah,ku harus pergi,
Jangan kau  tangisi aku lagi
Biar ku bawa seluruh cintamu
Ku dekap dalam tidur panjangku


Sarang D' Seoul 1


SARANGHAE 1
YAH!!!!” dia menjerit. “Oppa! Jangan lari!” panggilnya lagi menggunakan suara yang berfrekuensi tinggi. Oh Maeri mengejar lelaki itu dengan sepenuh tenaga. Lelaki itu tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Dia harus mendapatkan lelaki itu. Jika dia terlepas, Oh Maeri akan mengalami kerugian yang besar. Lelaki itu sudah mengambil duitnya. Duit simpanan yang disimpan sejak dua tahun yang lalu.
              “Oppa! Itu duit Maeri. Pulangkan balik,” jerit Oh Maeri lagi.Lelaki itu terus berlari tanpa menoleh ke arahnya. ‘Oh, kau tak nak berhenti ye. Takpe, siap kau!’ hati Oh Maeri memberi amaran. Oh Maeri terpandang ke arah sebuah batu kecil di sisi jalan. Tanpa berfikir panjang dia menggapai batu itu dan membaling batu itu kepada lelaki itu.
              POP! Yes, kena! Oh Maeri bersorak. Batu yang dilemparkan tepat kena pada kepala lelaki itu. Lelaki itu terjatuh, menahan kesakitan. Tanpa membuang masa Oh Maeri meluru ke arah lelaki itu. Cepat-cepat dia menggapai lelaki itu. Tidak mahu terlepas.
              “Oppa! Kenapa oppa buat Maeri macam ni! Maeri ini adik oppa. Pulangkan balik duit Maeri,” pinta Oh Maeri. Lelaki itu menggelengkan kepala.

Hossi 2


TINTA CINTA 2

AISYA meneliti setiap soalan yang tertera di dalam buku tutorial. Ahhh.. Agaknya siapa yang mencipta kalkulus ini. Memeningkan kepala sahaja. Soalan Matematik itu ditenung lagi. Sudah beberapa kali dia mencuba. Diputar sana sini, namun masih tidak berjaya memperoleh penyelesaian. Aisya mencuit rakannya di sebelah.
                “ Amal, dapat jawab tak soalan nombor 8 ni?” tanya Aisya sedikit berbisik kepada rakan sekelasnya, Amalina. Suasana di perpustakaan pada malam itu tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk membuat sebarang bising. Amalina menggeleng kepala, menandakan dia juga tidak menemui jalan penyelesaian bagi soalan itu. Amalina menjeling ke arah Syafinaz. “Finaz, kau dapat tak?”
               “Entah, aku pun tak dapat. Eh Amal, kau tanyalah mamat kat sebelah kau tu,” pinta Syafinaz. Amalina membuat muka. Kenapa aku pula yang kena! Rungut hatinya.

Hossi 1


TINTA CINTA 1

AISYA membuka matanya perlahan. Cahaya matahari menusuk tajam melalui anak-anak tingkap. Berkerut dahinya menahan panahan matahari. Dia menggapai telefon bimbitnya. “ Sudah 10 pagi? ” dia berbisik kepada dirinya sendiri.Ahh.. lama betul dia terlena. Semalam dia mula lena di dalam selimut bermula 10.30 malam. Nasib baik paginya dia dikejutkan oleh teman sebiliknya, Fitria. Kalau tidak pasti subuh gajah jawabnya. Selesai solat subuh, dia menyambung mimpi sehingga matahari terpacak di kepala.
               Aisya lantas mencapai toiletries dan menuju ke bilik air. Sampai sahaja di bilik air, kelihatan ketiga-tiga roommatesnya sedang menbasuh baju masing-masing.
               “Wah Aisya, betul-betul top up tidur nampak,” tegur Syira, salah seorang teman biliknya. Kedua-dua yang lain, Fitria dan Afiqa hanya tersenyum kearah Aisya. Aisya hanya tersenyum dan mengangguk. Malas menjawab.
              “Korang sudah breakfast?” tidak menjawab teguran Syira, Aisya mengajukan soalan kepada ketiga-tiga gadis yang sedang membasuh baju itu.
              “ Belum, jom kejap lagi kita turun makan sama-sama di kafe,” ajak Fitria mewakili yang lain.
              “Ok,” jawab Aisya ringkas sebelum menjejak ke dalam bilik air. Dia perlu mandi, segarkan diri. Kepalanya terasa berat sangat. Maklumlah, tidur mengalahkan koala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...