Sunday, 3 June 2012

KHATIMAH CINTA


Basith mengeluh.Matanya tepat memandang ke arah tunang kesayangannya yang leka memilih cincin bagi perkahwinan mereka.”Haz..”Hazmira berpaling ke arah tunangnya pabila mendengar namanya dipanggil.”Ya  abang,”dia menjawab.Hati Basith serta merta menjadi sejuk mendengar panggilan itu.Sepanjang perhubungan mereka sebelun ini,mereka hanya membiasakan diri mereka ‘saya dan awak’ sahaja,tetapi selepas mengikat tali pertunangan 2 bulan lepas,Hazmira mempraktikkan panggilan ‘abang’ kepada Basith.


    “Sebenarnya sa..mm..abang ada sesuatu nak kasi tahu,”Hazmira menanti tanpa sebarang kata. Basith menarik nafas.Adakah aku sudah bersadia untuk mengulasnya?Hatinya berbisik.
        “Emm,nantilah abang kasi tahu,ni,abang rasa cincin ini sesuai dengan Haz,” Basith mengajukan jarinya ke arah satu cincin yang indah bertatahkan berlian.Hazmira tersenyum ke arah Basith usai melihat cincin itu.Sepertinya dia suka.
       “Seterusnya di tangga yang pertama,dendangan dari kumpulan 6ixth Sense,Khatimah Cinta,Suria 30.”kedengaran suara dj berdialog dalam radio di kedai cincin itu.


Sudah la sudah,ku harus pergi,
Jangan kau  tangisi aku lagi
Biar ku bawa seluruh cintamu
Ku dekap dalam tidur panjangku




Basith tersentuh mendengar setiap bibit perkataan yang diluahkan oleh vokalis kumpulan 6ixth Sense itu,yang bernama Adi.Mutiara mata hampir mengalir jatuh ke pipi jantannya namun keegoannya menahan.Ya ALLAH,aku belum bersedia.Aku belum bersedia untuk menyatakan semuanya kepada Haz.Aku belum bersedia melihat ratnaku ini menangis mendengarnya Ya ALLAH.bantulah aku.
     “Sedapkan lagu ini!”suara Hazmira kedengaran.”Abang,kenapa ni?”dia bersuara lagi pabila melihat wajah keruh tunangnya. Basith tersentak mendengar suara ratnanya.
      “Tak ada ape-ape sayang,Haz suka lagu ni?”Hazmira tersenyum dan mengangguk.
       “Haz suka lagu ni, tapi Haz tak nak orang yang Haz sayang ucapkan ayat-ayat itu pada Haz,” Basith tersetak lagi mendengarnya.Ya ALLAH,kau berilah sebaik-baik kehidupan kepada insan ini.
       “Abang,jadi ek ambil yang ini,”aju Hazmira sambil menunjukkan cincin dicadangkan Basith, Basith tersenyum lantas mengangguk.




       
 “Akak ada surat....!!!”Hazim menjerit memanggil kakaknya.
        “Surat....?Tapi takde stem?”Hazmira bertanya selepas meniliti surat itu.Hazim hanya menjongket bahu dan berlalu pergi.
        Hazmira tersenyum melihat surat itu.Dia tahu surat itu daripada putera hatinya kerana dia dapat mengecam tulisan jejaka itu pada alamat yang ditulis.Tetapi kenapa harus berutus surat?Bukankah boleh SMS atau terus call?Hatinya menyoal.Hazmira membiarkan soalan itu berlalu pergi tanpa jawapan.Hatinya berdebar-debar,tertanya-tanya apakah isi surat tersebut?Perlahan-lahan dia mengoyakkan hujung sampul surat yang penuh misteri itu.


        Assalamuailaikum ratnaku, 


    Dalam warkah ini,abang ada sesuatu yang ingin dikhabarkan.Abang tahu Haz pasti terkejut menerima warkah yang dikirimkan abang ini.Di sini,abang akui abang tak punya kekuatan untuk menyusun ayat yang mana abang tahu ia akan menyakitkan hati ratnaku ini.
   Yang sebenarnya hidup abang tidak lama lagi.Abang mengidap barah otak tahap terakhir dan abang hanya punya 3 bulan sahaja untuk hidup.Jadi,jauh dalam relung hati ini,abang berat hati untuk meneruskan hubungan ini.Abang tidak rela membiarkan  hidup Haz tersiksa.
    Jadi,sebagai kata putus,abang harap Haz sudi jumpa abang sekarang di tempat pertama kita berjumpa.Abang harap Haz masih mengingatinya.Mungkin ini pertemuan kita yang terakhir.Abang tunggu.


                                                                                         Salam sayang
                                                                                        Putera hatimu


       Hazmira menangis sepuas-puasnya usai membaca surat itu.Segera dia menyalinkan pakaian dan mengenakan tudung.Terus menghayunkan kaki ke tempat yang pernah menjadi kenangan terindah buat dirinya dan si kumbang.


    


 Hazmira meliarkan matanya mencari kelibat insan yang dikasihi.Pandangan matanya terhantar ke arah lelaki itu.Lelaki yang duduk di atas bangku dan tertunduk.Bangku itulah yang menjadi titik pengenalan mereka.


..........................................................
     
      “Boleh saya duduk kat sini?”Hazmira tersentak mendengar suara seorang lelaki.Dia mengangguk.Lelaki itu tersenyum dan melabuhkan punggung.
       “Panaskan hari ini,”lelaki itu seakan-akan mencari topik untuk berbicara.Hazmira tersenyum dan mengangguk lagi.Entah kenapa dia kehilangan mood untuk berbicara.
       “Ohye,nama saya Basith,saya tinggal di area ni jer,”Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
       “Saya Hazmira,saya pon tinggal di area ni,baru pindah,”Hazmira membalas.Hatinya rasa bersalah jika terus diam.Lelaki itu tersenyum dan di situlah detik pengenalan mereka sehingga bertunang.
................................................................


         Hazmira kembali ke dunia realiti.Dia memandang lagi lelaki itu dari jauh.Gayanya mempamerkan kegundahan hati ,keperitan jiwa.Hazmira melangkah ke arah lelaki itu.
         “Abang,”sapanya lembut.Lelaki itu mengangkat wajah melihat ratnanya.
         “Kenapa abang tak cakap awal-awal?”Hazmira bertanya dalam nada sebak. Basith  kembali tunduk dan membiarkan soalan itu berlalu pergi.Hazmira duduk di sebelah Basith dan memegang pundaknya.
          “Kenapa abang takut?Kenapa abang nak putuskan hubungan ini?Kenapa bang,kenapa?"bertubi-tubi soalan terpacul keluar dari mulut Hazmira.Dia tidak dapat lagi menahan sebaknya.
           “Sebab abang tak nak Haz menderita.Abang takut Haz tinggalkan abang.Abang sayangkan Haz” Basith memandang sayu wajah mulus itu.
           “Betul ke apa isi surat itu?” soal Hazmira. Basith mengangguk.
           “Doktor cakap abang Cuma ada 3 bulan je…”
           “Doktor bukan tuhan untuk tentukan ajal abang,”Hazmira memintas.
           “Tapi..”
           “Siapa tahu mungkin Haz yang pergi dulu,”dia memintas lagi.
           “Haz,jangan cakap macam tu,jangan buat abang sedih,,”
           “Abang sedihkan bila Haz cakap macam tu.Macam tu jugakla perasaan Haz bila baca surat tu.Malah lebih sakit rasanya.”Hazmira sudah teresak-esak.Pundaknya terhinjut-hinjut,menangis.Rasa bersalah Basith kian menggunung.
           “Haz tak kira,bulan depan majlis kita tetap diteruskan.Titik!”Hazmira mengambil kata putus. Basith mengeluh.Dia mengeluarkan sekeping kertas dan memberinya kepada Hazmira.
            Hazmira menyambut dan membaca.Khatimah Cinta.Air matanya semakin laju.Dia menggumpal kertas itu dan membalingnya ke arah Basith.
            “Abang ambil balik kertas ini.Haz tak nak terima ayat-ayat ini,”dia menangis lagi. Basith mengeluh kuat.Tiba-tiba dia terpandang seorang pak cik menjual aiskrim di seberang jalan.Dia kembali merenung tunangnya yang masih menangis.Ini caranya untuk menyejukkan hati wanita itu.Pernah satu ketika,Haz merajuk padanya dan cara memujuknya adalah dengan aiskrim.
           Basith berjalan ke arah pak cik penjual itu.Tanpa disengajakan,cincin pertunangannya terjatuh di atas jalan.Kaget.Apakah makna semua ini?Hatinya berdebar-debar.Adakah?Nauzubillah. Basith cuba memujuk hati daripada memikirkan benda-benda buruk.
           Dia membongkokkan badannya untuk mengambil cincin itu dan tanpa dia sedari sebuah kereta sedang laju meluncur ke arahnya.Basith terdengar satu laungan memanggilnya.Tiba-tiba pandangannya kelam.
          “Abaanggg……”






Dia merenung pusara di hadapannya.Tidak dia sangka kekasihnya pergi meninggalkannya.Tidak dia sangka kekasihnya sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan jasad yang menunggu nyawanya terpisah.Tidak dia sangka kekasihya pergi dulu.
          Suasana hening di tanah perkuburan menambahkan lagi rasa sayu di hatinya.Kenapa?Kenapa harus jadi begini?terasa matanya panas.Kolam matanya terasa berat.Sedih.Sayu.
          Memang benar,lagu Khatimah Cinta dikembalikan kepadanya oleh Hazmira.
          “Haz,kenapa Haz sanggup buat macam ini?Abang tidak mengerti.Namun abang tetap doakan agar Haz bahagia di sana.InsyaALLAH,kita akan ketemu lagi di syurga cinta kita.Abang tahu Haz akan tunggu abang,yang penting abang nak Haz tahu yang abang sayangkan Haz.Selamat tinggal ratnaku.”
          Basith melangkah meninggalkan pusara dan berharap akan hadir sinar menyerikan hidupnya yang pendek itu.Kini cintanya sudah  hadir khatimahnya.
          “Haz tunggu abang yer,cinta kita hanya punya katimah didunia sahaja.Kita akan meneruskan cinta ini di sisiNya buat selama-lamanya.”

4 comments:

  1. ada salah taip tapi story memang touching... ade scene yang ikut video clip Khatimah Cinta... meme ah Tahniah2 untuk anda... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...