TINTA
CINTA 2
AISYA meneliti setiap soalan yang tertera di dalam
buku tutorial. Ahhh.. Agaknya siapa yang mencipta kalkulus ini. Memeningkan
kepala sahaja. Soalan Matematik itu ditenung lagi. Sudah beberapa kali dia
mencuba. Diputar sana sini, namun masih tidak berjaya memperoleh penyelesaian.
Aisya mencuit rakannya di sebelah.
“ Amal, dapat jawab tak soalan nombor 8 ni?” tanya Aisya sedikit
berbisik kepada rakan sekelasnya, Amalina. Suasana di perpustakaan pada malam
itu tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk membuat sebarang bising. Amalina
menggeleng kepala, menandakan dia juga tidak menemui jalan penyelesaian bagi
soalan itu. Amalina menjeling ke arah Syafinaz. “Finaz, kau dapat tak?”
“Entah, aku pun tak dapat. Eh Amal, kau tanyalah mamat kat sebelah kau
tu,” pinta Syafinaz. Amalina membuat muka. Kenapa aku pula yang kena! Rungut
hatinya.
Amalina berdehem beberapa kali untuk memastikan suaranya tidak tersekat.
“Errrrr….” Suara Amalina tersekat. Isy apa aku nak panggil mamat ni. “Emm
awak,” Amalina memanggil lelaki yang dari tadi khusyuk melakukan kerjanya.
Lelaki itu mengangkat wajahnya dan memandang Amalina. Wahhh, boleh tahan juga
mamat ni.
“Erm, sorry ganggu, awak ambil subject math tak?” soal Amalina. Aisya
dan Syafinaz tergelak mendengar soalan Amalina itu.
“Apalah Amal ni, dah sah-sah
semua student kat sini ambil math,” bisik Syafinaz kepada Aisya. Aisya tergelak
lagi. Amal, Amal.. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Sifatnya itu yang
membuat Aisya selesa berkawan dengan Amalina. Mereka yang juga classmate sudah
lebih sebulan berkawan, namun keserasian yang timbul antara mereka bertige
melebihi persahabatan selama setahun.
“Yup, kenapa?” jawab lelaki itu.
“Awak dapat tak jawapan soalan nombor 8 ni?” soal Amalina kembali.
Sempat juga dia menjeling kea rah Aisya dan Syafinaz.
“Owh
soalan ni, ada kertas tak, saya tunjukkan jalan kira,” jawab lelaki itu. Dalam
masa sesaat sahaja Amalina menghulurkan kertas A4 kosong.Cepat, pantas dan
tangkas. Dihulurkan juga senyuman manis bersama. Manis sekali. Itulah Amalina.
Gadis cantik yang mencuit hati.
“Oit, kau jangan nak menggatal kat sini eh. Kang aku report kat jejaka
jambu kau yang ade kat perak tu baru tau,” ugut Syafinaz sedikit berbisik
sambil mencubit lengan Amalina. Amaran perlu diberikan! Berkerut muka Amalina
menahan sakit.
Aisya
tergelak lagi. Ikutkan hati mahu sahaja dia turut serta mengenakan Amalina
namun memikirkan mereka sedang berada di dalam perpustakaan, dia hanya menahan
diri. Sementara menunggu Amalina mendapat solution untuk soalan yang memutarkan
otak itu, Aisya meneruskan dengan soalan yang lain.
“Done,” kedengaran sura lelaki berkaca mata itu. “A’ah la, jawapannya
sama. Thanks,” balas Amalina ceria. “Welcome,”
“Ohye, kita satu kuliah kan?” soal Amalina. Dia dah mula dah sikap mesra
alam dia. Amalina memang seorang yang mesra. Dengan sesiapa pun, dia senang
untuk memulaka perbualan. Sewaktu perkenalan pertama mereka pun, Amalina yang
mula menyapa Aisya dahulu. Syafinazz pun sama. Mesra sokmo kata mereka.
“Yup,” jawab lelaki itu ringkas.
“Hah? Kita satu kuliah ke?” Aisya meminta kepastian. Betul ke mamat ni.
“Betul la,”jawabnya lagi.
“Betullah Aisya, aku selalu nampak dia,” kata Syafinaz.
“Oh ye ke, tak pernah nampak pun. Mungkin tak perasan kot,” jawab Aisya
sedikit malu.
“Alah Aisya, semua orang dia tak perasan. Aisya kan memang susah nak cam
orang, susah nak ingat orang,” Amalina mencebik. Sepantas kilat cubitan hinggap
di bahunya. “Amal…..”
“Tapi saya selalu nampak awak. Orang johor kan?” lelaki itu mengajukan
soalan kepada Aisya.
Aisyah terpaku seketika. Aik…Macam mana
mamat ni boleh tahu. “A’ah, saya asal johor. Macam mana awak boleh tahu ni?”
Lelaki itu tergelak perlahan. “Dari raut wajah awak, saya boleh agak
awak orang johor,” jawab lelaki itu.
Erol |
“Amirul, but just call me Erol,” jawabnya ringkas. Waah, elok sungguh nama itu. Aisya memuji
dalam hati. Memang dari dulu dia sukakan nama Amirul. Jika ditanya apa sebab
dia suka nama itu, dia ssendiri tiada jawapannya. Hanya menggemari nama itu.
“Saya Amal, Amalina,” tanpa disoal Amalina memperkenalkan dirinya. “Saya
Syafinaz,” Syafinaz pula turut serta. Wah budak-budak ni, promote diri sendiri
nampak. Orang tu tak tanya pun. Ngomel hati Aisya. Lelaki itu, ops Erol hanya
tersenyum.
“Oit Erol, jomlah balik. Aku dah ngantuk la,” tiba-tiba rakan
Erol yang tidak tahu dari mana muncul. Amirul
mengangguk dan mula mengemas buku-bukunya.
Erol memberikan senyuman ke arah
tiga gadis itu sebelum beredar.
“Korang, jom lah kita balik. Dah lewat ni,” ajak Syafinaz. Aisya dan
Amalina hanya menurut.
Mereka mula melangkah keluar dari perpustakaan. Dari jauh Aisya nampak
Erol sedang berborak dengan seseorang, rakannya barangkali. Tanpa sedar,
Aisya berjalan berseorangan kerana Amalina dan Syafinaz masuk kembali ke dalam
perpustakaan kerana tertinggal barang.
Erol berjalan mendekati Aisya. Laju hayunan langkahnya untuk mengejar
Aisya.
“Selalu ke datang study sini?” soal Amirul. Aisya mengucap panjang.
Terkejut dengan sapaan
Erol . Ops, bukan sapaan tapi soalan. “Em, taklah, kadang-kadang je,”
“Duduk blok apa? A atau C?” soal
Erol lagi.Di dalam kolej itu terdapat
tiga blok menempatkan asrama pelajar-pelajar. Dua blok iaitu A dan C disediakan
untuk pelajar-pelajar perempuan manakala B untuk pelajar lelaki.
“A,” jawab Aisya seringkas-ringkasnya.
Erol tersenyum lagi. Murah
betul senyumannya. Sentiasa disedekahkan. “Oklah, saya balik dulu, lain kali
datanglah library lagi ye, see you next time, bye,” pamit
Erol sebelum
melangkah pergi.
“Bye,” balas Aisya. Isy mana budak-budak ni!! Rungut Aisya sambil
mencari-cari kelibat Amalina dan Syafinaz.
No comments:
Post a Comment