Wednesday, 20 June 2012

Hossi 3


TINTA CINTA 3
AISYA asyik termenung. Penerangan pensyarah di hadapan sedikit pun dia tidak berminat. Sungguh hatinya bercelaru. Mungkin dirinya kini berada di dalam Dewan Kuliah 2, namun hatinya jauh tersadai di rumah keluarganya di Johor. Apa agaknya atok tengah buat sekarang? Hari ini nenek masak apa ye? Mengingatkan masakan neneknya membuatkan lidahnya menjadi kecur. Dia menjilat bibirnya. Wah sedapnya asam pedas yang nenek masak ni!! Terasa bagaikan bau masakan neneknya sampai menusuk deria baunya.
             Aisya kembali ke dunia nyata. Dia sedar itu hanyalah bayangan semata-mata. Aisya memandang ke hadapan. Dia cuba memberi perhatian kepada penerangan Puan Sazila tentang DNA. Sebaris sahaja kata-kata Puan Sazila yang sampai ke otaknya. Fikirannya kembali melayang. Agak-agak mama tengah buat apa ye? Hatinya bertanya lagi. Tiba-tiba dia tergelak sendiri. ‘Apa la aku ni, sah-sah la mama tengah kerja sekarang’. Hatinya menjawab kembali.
           
Aisya terasa bahunya disiku. Terus hilang bayangan mama nya.
            “Oit Aisya, apasal kau gelak sorang-sorang hah? Aku rasa apa yang Puan Sazila ajar kat depan bukannya kelakar pon,” Amalina menegurnya.Aisya hanya menggeleng tanda jawapan.
             Dia dengar aku gelak? Aku rasa aku gelak dalam hati je.Sekali lagi hatinya berbisik. Pandangannya kembali ke hadapan. Dia kembali fokus. Walaupun bukan 100% yang masuk ke otaknya, sekurang-kurangnya dia tahu serba sedikit tentang DNA. Tidak mengapa, nanti habis waktu kuliah ini dia akan  meminta Amalina atau Syafinaz menerangkan kembali.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

PADA  waktu rehat Aisya menuju ke Surau Al-Muttaqim. Hari ini dia berseorangan sahaja. Amalina ingin berehat di biliknya. Mahu tidur katanya. Syafinaz pula sudah berjanji untuk lunch bersama rakannya. Rakan yang mana, tidak pula Aisya tanya. Mungkin dengan Qadri kerana sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan amat rapat. Ke mana sahaja mesti berdua. Aisya pula tidak ingin pulang ke bilik kerana takut terbabas tertidur. Walaupun rehat pada hari ini selama 2 jam namun dia tetap risau. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik dia lepak di surau.
                  Aisya mengambil wudu’. Waktu zohor telah masuk. Baru sahaja dia mendengar Azan berkumandang. Merdu sungguh suara yang melaungkan azan. Terasa tenang sekejap hatinya.  Dia cepat-cepat memakai telekung dan memenuhkan saf.
                  Selesai memberi salam kanan dan kiri, Aisya meraup muka. Dia beristighfar beberapa kali. Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar dibaca sebanyak tiga kali. Itulah yang sering diamalkan selepas tiap-tiap kali solat fardhu. Sewaktu imam berdoa dia turut menadahkan tangan.Lama dia begitu barulah dia meraupkan tangan ke mukanya. Dia begitu bersyukur kerana berkesempatan untuk solat berjemaah tengah  hari itu. Aisya bangkit dan menunaikan solat sunat ba’diyah. Apabila selesai, dia berbaring di dalam surau itu. Niatnya mahu merehatkan mata seketika.
                  Aisya membuka mata. Ingatannya kembali kepada keluarganya. Menggebu perasaan rindunya terhadap keluarga yang sudah hampir 2 tidak bertemu. Aisya mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail nombor atoknya. Lama kedengaran bunyi deringan barulah ada yang menjawab.
                “Assalamualaikum,” kedengaran suara orang tua memberi salam di hujung talian. Hati Aisya tiba-tiba menjadi sayu. Mendengar suara atuknya semakin membuakkan perasaan rindu. Matanya mula berair.
                 “Assalamualaikum, Aisya ke ni?” sekali lagi suara itu memberi salam.
                 “Waalaikumsalam atok, ya ni Aisya,” jawab Aisya dalam sebak. Ya Allah rindunya aku pada mereka. Rindunya aku ssaat mereka memeluk aku. Rindunya aku untuk bersalaman dengan mereka setiap kali selesai solat bersama.
                  “Atok sihat?” Aisya cuba mengawal suara. Tidak mahu orang tua itu tahu yang dia sedang menangis.
                  “Alhamdulillah. Sihat dengan cara atok ni la. Aisya macam mana? Sihat? Seronok belajar kat sana?” giliran Haji Arman pula bertanya khabar.
                   “Aisya pun Alhamdulillah sihat. Belajar pun ok. Kawan-kawan kat sini pun baik-batik. Nenek tengah buat apa?”
                    “Nenek kamu ada di sebelah ni. Rindu betul dia pada Aisya. Atok pas kan telefon kepada nenek ye,”
                    Panggilan beralih kepada Hajah Habsah. Lama mereka berborak.Berbagai nasihat diberikan kepadanya.Aisya hanya mendengar dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan. Berguna juga nasihat-nasihat neneknya suatu hari nanti. Sudah cukup melepaskan rindu telefon kembali kepada Haji Arman. Sekadar menambah sedikit nasihat.
                     “Ok lah atok, Aisya nak pergi jumpa pensyarah kejap ni, nanti ada masa Aisya call lagi ye, Assalamualaikum,” Aisya meminta diri.
                      “Baiklah, jaga diri ya sayang, jangan tinggalkan solat, waalaikumsalam,”
                     Panggilan dimatikan. Hatinya kembali sayu. Terdetik mahu menelefon ibunya namun mungkin ibunya sibuk dengan kerja di pejabat. Aisya memandang jam di dinding surau. Alamak! Sudah pukul 2:05 petang! Dia mempunyai consultation hour bersama Miss Lee pada pukul 2 petang. Macam mana dia boleh terlepas pandang pula ni!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...