Sunday, 3 June 2012

Hossi 1


TINTA CINTA 1

AISYA membuka matanya perlahan. Cahaya matahari menusuk tajam melalui anak-anak tingkap. Berkerut dahinya menahan panahan matahari. Dia menggapai telefon bimbitnya. “ Sudah 10 pagi? ” dia berbisik kepada dirinya sendiri.Ahh.. lama betul dia terlena. Semalam dia mula lena di dalam selimut bermula 10.30 malam. Nasib baik paginya dia dikejutkan oleh teman sebiliknya, Fitria. Kalau tidak pasti subuh gajah jawabnya. Selesai solat subuh, dia menyambung mimpi sehingga matahari terpacak di kepala.
               Aisya lantas mencapai toiletries dan menuju ke bilik air. Sampai sahaja di bilik air, kelihatan ketiga-tiga roommatesnya sedang menbasuh baju masing-masing.
               “Wah Aisya, betul-betul top up tidur nampak,” tegur Syira, salah seorang teman biliknya. Kedua-dua yang lain, Fitria dan Afiqa hanya tersenyum kearah Aisya. Aisya hanya tersenyum dan mengangguk. Malas menjawab.
              “Korang sudah breakfast?” tidak menjawab teguran Syira, Aisya mengajukan soalan kepada ketiga-tiga gadis yang sedang membasuh baju itu.
              “ Belum, jom kejap lagi kita turun makan sama-sama di kafe,” ajak Fitria mewakili yang lain.
              “Ok,” jawab Aisya ringkas sebelum menjejak ke dalam bilik air. Dia perlu mandi, segarkan diri. Kepalanya terasa berat sangat. Maklumlah, tidur mengalahkan koala.

                                                         ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

               Aisya mengeluh perlahan namun dapat ditangkap oleh Fitria.
              “Aisya, kenapa ni? Nampak tak bermaya jer ni,” soal Fitria prihatin. Aisya menggeleng perlahan. “Penat sikit,” jawabnya ringkas. Tidak, bukan penat sedikit tapi penat banyak. Mana taknya, seminggu dia terseksa menghadapi Minggu Suaikenal Pelajar Baru. Sejak hari pertama dia menjejak kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan itu, semua pelajar wajib melibatkan diri dalam MSPB yang dianjurkan oleh pihak kolej. Setiap hari, mereka harus bangun seawal 4 pagi dan tidur selewat 2 pagi. Sepanjang hari pula, berbagai program yang dianjurkan bagi memperkenalkan pelajar-pelajar baru tentang kolej tersebut. Begitulah rutin harian pelajar-pelajar selama seminggu. Aisya mengeluh lagi.

                 “ Ala rilekslah Aisya, hujung minggu ni kita tidak ada apa-apa program kan, so bolehlah kita bersenang-lenang dan berehat,” pujuk Afiqah. Aisya hanya mengangguk. Sedikit sebanyak terpujuk dengan kata-kata Afiqah.
                   “ Apa kata petang ni kita pergi jogging nak tak?” ajak Fitria.
                   “Ala tak mau la. Orang nak rehat la,” tolak Syira. Afiqah mengangguk tanda setuju. “Ala…” Fitria memuncungkan bibirnya. Kecewa .
                   “Takpe Ria, Aisya temankan Ria eh,” kata Aisya cuba memujuk Fitria. Mata Fitria kembali bersinar. “ Thanks Aisya, sayang Aisya,” kata Fitria sambil bertepuk tangan. Aisya hanya tergelak melihat kecomelan rakannya itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...