AISYA mempercepatkan
langkahnya. Dia benar-benar terlambat. Pasti Miss Lee sedang menunggunya. Tidak
pun pasti sudah ada pelajar lain yang consult dengan pensyarah itu. Langkahnya
semakin laju. Bukan senang nak mandapatkan Miss Lee. Harus dibuat temu janji
dahulu baru dapat dengannya. Maklumlah Miss Lee adalah salah seorang pensyarah
Kimia paling hebat di kolej ini.
Aisya menarik nafas.
Kadang-kadang dia berlari anak. Kemudian mendaki tangga. Unit Kimia terletak di
aras 3. Langkahnya semakin panjang. Kadang-kadang dua anak tangga
dilangkahinya. Namun entah mengapa dia hilang pertimbangan. Badannya jatuh ke
belakang. Aisya memejamkan mata. Aku
jatuh tangga? Alamak! Apa akan jadi padaku? Patah kaki atau patah tangan atau
mati?
Aisya terasa badannya di
awangan. Kakinya sudah tidak berjijak di bumi.Sudah matikah aku? Dia terasa
seperti ada sesuatu yang memegangnya. Aisya cuba membuka mata. Dia begitu
terkejut melihat wajah seorang lelaki sedang memandangnya. Dekat sekali.
“Awak ok?” soal lelaki itu.
Wajahnya terpancar kebimbangan. Aisya tidak menjawab. Matanya masih memandang
lelaki itu. Lama pandangan mereka bersatu.Apa dah berlaku?
Aisya tersentak. Dia sudah
menyedari realiti. Tubuhnya yang berada di dalam pelukan lelaki itu segera
digerakkan. Dia cuba berdiri. Dia cuba menstabilkan badannya. Lelaki itu masih
belum melepaskan pelukannya. “Awak ok tak?” sekali lagi Aisya diajukan soalan.
“Tak.. eh.. Saya ok. Boleh
awak lepaskan saya?” jawab Aisya. Berpuas hati dengan jawapan Aisya barulah dia
melepaskan gadis itu.
“Macam mana boleh jatuh ni?
Nasib baik saya ada di belakang dan
sempat sambut awak. Kalau tidak boleh patah leher tahu tak. Lain kali hati-hati
naik tangga. Jangan gopoh sangat” lelaki itu membebel.
Wah boleh tahan juga mulut
mamat ni. Membebel mengalahkan perempuan. Nasib baik hensem. Bisik hati Aisya.
Namun dia berterima kasih kepada lelaki itu. Kalau lelaki itu tiada mungkin dia
sudah jalan.
“Dengar tak ni?” soal lelaki
itu lagi sambil memetik jarinya ke arah Aisya. Aisya tersentak. “Ye, saya ok.
Thanks,” ucap Aisya. Lelaki itu tersenyum. Mungkin berpuas hati mendengar jawapan Aisya.
“Lain kali hati-hati ye,”
pesan lelaki itu sebelum berlalu. Aisya terkaku. Malunya bukan kepalang. Nasib
baik tiada orang yang menyaksikan adegan tadi. Kalau tidak pasti dia mendapat
malu yang amat sangat.
Erm harap-harap lepas ini
aku dah tak jumpa mamat itu tadi. Tapi andai kata kami terserempak, macam mana?
Kolej ni bukannya besar sangat. Alamak malunya aku. Macam mana aku nak
berhadapan dengan dia? Itu lah Aisya, gopoh sangat. Tengok apa dah jadi.
Aisya meneruskan perjalanannya
ke Unit Kimia. Dia berharap Miss Lee masih berada di mejanya. Aisya melangkah
masuk ke Unit Kimia. Suasana Unit Kimia agak tenang. Tidak ramai pelajar yang
ada. Aisya menarik nafas lega. Dia memandang jauh ke arah meja Miss Lee. Yes!
Miss Lee ada. Tapi….
Tapi nampaknya ssudah ada
pelajar yang Berjaya mendapatkan Miss Lee. Aisya kecewa. Namun dia tetap
melangkah ke meja Miss Lee. Walau apa pun dia sudah menempah Miss Lee.
“Good evening Miss Lee. I’m
sorry for being late,”
“Aisya, it’s ok. But you have
to share me with this students,” ucap
Miss Lee kepadanya sambil menunjukkan ke arah pelajar yang berada di mejanya.
“I hope you don’t mind,” ucap
pelajar lelaki itu. Suara itu seperti pernah didengarinya. Tapi suara siapa ya?
Aisya memandang pemilik suara itu. Bagai terhenti sejenak degupan jantungnya.
Kenapa? Kenapa lelaki ini lagi? Terus peristiwa yang berlaku di tangga tadi
menjengah di mindanya. Memang betul lah kolej ini tidak besar.
“Kalau awak kisah, tak
mengapalah. Saya consult dengan lecturer lain,” ujar lelaki itu dan
berkira-kira untuk bangun.
“No, no. It’s okay. I don’t
mind,” Aisya memberi keizinan. Yalah, takkan dia mehu menghalau orang yang mahu
menuntut ilmu.
“Kalau macam tu, duduk lah,”
pelawa lelaki itu sambil menolak kerusinya kepada Aisya. “Erm awak?”
“Tak mengapa, saya boleh
berdiri,” kata lelaki itu lagi. “Thanks,”
Tanpa membuang masa Aisya
terus mengeluarkan bukunya dan mengajukan soalan kepada Miss Lee. Banyak juga
yang dia tidak faham tentang bab Chemical Bond. Penerangan Miss Lee menambahkan
kefahamannya. Kadang-kadang lelaki itu mencelah untuk turut bertanya. Hampir
empat puluh lima minit mereka di situ, Aisya meminta diri. Pada jam tiga dia
mempunyai satu lagi kuliah Matematik.
Aisya berjalan melintasi padang
untuk ke Dewan Kuliah 1. Kali ini dia tidak terburu-buru. Dia masih mempunyai
sepuluh minit lagi untuk kuliah seterusnya. Sambil melangkah dia menyanyi
perlahan. Lagu Hari Ini Dan Semalam dijadikan pilihannya petang itu.
“Tadi jatuh ada luka tak?”
tiba-tiba muncul suara garau tapi lembut menerpa telinganya. Gaarau tapi
lembut, macam mana ya? Aisya terperanjat bukan kepalang. Dia mengurut dadanya
sambil beristighfar beberapa kali. Nasib baik dia tidak terlompat di situ.
“Sorry sorry. Tak perasan ke
saya di belakang tadi?” suara itu bertanya lagi. Dia kat belakang aku? Sejak
bila? Kenapa aku tak perasan? Agak-agak dia dengar ke aku menyanyi tadi? Isyyy
malunya…
“Ada luka tak masa jatuh
tadi?” tanpa menunggu jawapan Aisya, lelali itu mengulangi soalannya.
“Saya okay, tak ada luka pon.
By the way, thanks for helping. Kalau awak tak ada entah apa yang jadi pada
saya,” jawab Aisya sambil berterima kasih. Lelaki itu tersenyum. Mak aii….
Manisnya senyuman dia. Aisya memuji dalam hati.
“Awak ada kelas ke?” Aisya
bertanya. Entah kenapa dia menjadi peramah pula. Tanpa menjawab, lelaki itu
ketawa. Berkerut dahi Aisya. Apa yang kelakarnya?
“Awak ni kelakar lah,” ujar
lelaki itu dambil ketawa.
“Kelakar?”
“Saya pun macam awak juga,
nak pergi kuliah Matematik. Kita kan satu kuliah,” jelas lelaki itu. Makin berkerut
dahi Aisya.
“Satu kuliah?”
“Yup, kita satu kuliah.
Sebab tu saya tergelak bila awak tanya saya macam tu,”jelas lelaki itu lagi
dalam sisa tawanya. Aisya mengangguk perlahan.
“Maaf lah, saya tak
perasan yang awak ni satu kuliah dengan saya. Sebab tu saya tanya,”. Tawa
lelaki itu terhenti. Giliran dia pula mengangguk-angguk.
Kejap kejap. Satu kuliah?
Aku dengan dia satu kuliah? Maknanya setiap hari aku akan berhadapan dengan
dia? Ya Allah, perasaan malu tadi pun massih belum hilang. Macam mana dia nak
berhadapan dengan lelaki itu. Aisya bermonolog dalam hati.
Mereka beriringan
memasuki Dewan Kuliah 1. Kelihatan dewan kuliah sudah dipenuhi dengan peljar-pelajar.
Aisya mencari tempat kosong. Dari jauh dia ternampak Amalina sedang melambai ke
arahnya. Paasti Amalina sudah menjaga tempat untuknya. Aisya segera duduk di
sebelah Amalina.
“Aisya, siapa mamat
tadi?” baru sahaja Aisya melabuhkan pinggulnya, Amalina sudah bertanya.
“Mamat tadi? Mamat mana
pulak ni?”
“Alah, mamat yang masuk
sekali dengan Aisya tadi. Siap tolong bukakan pintu untuk Aisya,”
“Oh mamat itu. Tadi masa
Aisya pergi consult dengan Miss Lee, dia pun ada sama. So, kitaorang datang
sama-sama,” jelass Aisya.
“Apa nama dia?” Amalina
menyoal lagi. Nama? Tidak terlintas pula di fikirannya untuk bertanya nama
lelaki itu.
“Entah, lupa nak tanya,”jawab Aisya
jujur. Amalina mencebik. Tidak berpuass hati dengan jawapan Aisya.
“Apa la Aisya ni.
Sekurang-kurangnya tanyalah nama apa, asal mana,” rungut Amalina. Aisya hanya
tergelak dengan rungutan rakannya. Dia segera mengeluarkan buku nota dan
sebatang pen.
“Disebabkan Aisya tak
tanya nama dia, so kita kena fikirkan gelaran untuk dia,” tiba-tiba Syafinaz
menyampuk. Amalina mengangguk tanda setuju. Aisya memandang kedua rakannya.
Masih tak habis lagi cakap pasal mamat itu.
“Gelaran? Kenapa
perlu bagi gelaran pada dia?” Aisya bingung. Tidak faham dengan apa yang cuba
disampaikan oleh Amalina dan Syafinaz.
“Kita panggil dia
Mr. Handsome,” tanpa menjawab pertanyaan Aisya, Amalina member cadangan.
“Tak boleh, kolot
sangat, carilah nama lain.Ermm… Mr. Perfect?” cadang Syafinaz pula.
“Tak boleh, tak
semua orang perfect atas dunia ni,”kali ini Amalina pula menolak.
“Hah, aku tahu,
Mr. Dimple!” Amalina sedikit berteriak. Syafinaz tersenyum. Kelihatan dia
bersetuju dengan cadangan itu.
“Mr. Dimple?”
No comments:
Post a Comment