“YAH!!!!” dia menjerit. “Oppa! Jangan
lari!” panggilnya lagi menggunakan suara yang berfrekuensi tinggi. Oh Maeri
mengejar lelaki itu dengan sepenuh tenaga. Lelaki itu tidak boleh dilepaskan
begitu sahaja. Dia harus mendapatkan lelaki itu. Jika dia terlepas, Oh Maeri
akan mengalami kerugian yang besar. Lelaki itu sudah mengambil duitnya. Duit
simpanan yang disimpan sejak dua tahun yang lalu.
“Oppa! Itu duit Maeri. Pulangkan balik,” jerit Oh Maeri lagi.Lelaki itu
terus berlari tanpa menoleh ke arahnya. ‘Oh, kau tak nak berhenti ye. Takpe,
siap kau!’ hati Oh Maeri memberi amaran. Oh Maeri terpandang ke arah sebuah
batu kecil di sisi jalan. Tanpa berfikir panjang dia menggapai batu itu dan
membaling batu itu kepada lelaki itu.
POP! Yes, kena! Oh Maeri bersorak.
Batu yang dilemparkan tepat kena pada kepala lelaki itu. Lelaki itu terjatuh, menahan
kesakitan. Tanpa membuang masa Oh Maeri meluru ke arah lelaki itu. Cepat-cepat
dia menggapai lelaki itu. Tidak mahu terlepas.
“Oppa! Kenapa oppa buat Maeri macam ni! Maeri ini adik oppa. Pulangkan
balik duit Maeri,” pinta Oh Maeri. Lelaki itu menggelengkan kepala.
“Oppa perlukan duit ini. Tolonglah Maeri, oppa terdesak ni,” pujuk
lelaki itu. Oh Maeri menggelengkan kepalanya. “ Tak boleh. Oppa tahu kan yang
Maeri dah lama kumpul duit ni. Maeri simpan duit ni untuk kegunaan Maeri masa
hadapan dan untuk perubatan Appa,” kata Oh Maeri sambil merampas sampul yang
berada di tangan abangnya.
“Maeri, tolonglah oppa. Oppa terdesak sangat ni. Maeri tak kesiankan
oppa ke?” rayu abangnya lagi, Oh Gaeri.
“Sebelum Maeri kesiankan oppa, lebih elok kalau oppa kesiankan diri
sendiri dulu. Maeri dah cakapkan, jangan pinjam duit dengan ceti, tapi oppa tak
dengar. Sekarang tengok apa dah jadi. Oppa tak kesiankan appa ke?” Oh Maeri
mula berceramah.
“Sudahlah Maeri. Kalau Maeri tak nak tolong oppa cakap aje la. Tak payah
nak berceramah panjang-panjang kat sini. Ada adik pun tak boleh nak minta
tolong,” rungut Oh Gaeri.
“Ya! Memang Maeri tak nak tolong oppa. Oppa sebagai anak pertama, anak
lelaki sepatutnya bantu keluarga. Bukan
menyusahkan keluarga,” bebel Oh Maeri lagi. Oh Gaeri mala mendengar. Dia bangun
dan meninggalkan adiknya.
“Oppa! Nak makan tengahari ni ada duit tak?” soal Oh Maeri. Walaupun dia
geram dengan perangai abangnya namun sedikit sebanyak dia risaukan keadaan
abangnya. Oh Gaeri tidak menjawab.
“Nah, ambil 20 ribu won ni. Guna elok-elok!” ujar Oh Maeri smabil
menghulurkan wang kepada abangnya. Abangnya mengambiil duit itu dan terus
berlalu.
“Bukannya nak berterima kasih!”
No comments:
Post a Comment