Thursday 21 June 2012

Hossi 4


                TINTA CINTA 4
AISYA mempercepatkan langkahnya. Dia benar-benar terlambat. Pasti Miss Lee sedang menunggunya. Tidak pun pasti sudah ada pelajar lain yang consult dengan pensyarah itu. Langkahnya semakin laju. Bukan senang nak mandapatkan Miss Lee. Harus dibuat temu janji dahulu baru dapat dengannya. Maklumlah Miss Lee adalah salah seorang pensyarah Kimia paling hebat di kolej ini.
                 Aisya menarik nafas. Kadang-kadang dia berlari anak. Kemudian mendaki tangga. Unit Kimia terletak di aras 3. Langkahnya semakin panjang. Kadang-kadang dua anak tangga dilangkahinya. Namun entah mengapa dia hilang pertimbangan. Badannya jatuh ke belakang. Aisya  memejamkan mata. Aku jatuh tangga? Alamak! Apa akan jadi padaku? Patah kaki atau patah tangan atau mati?
                  Aisya terasa badannya di awangan. Kakinya sudah tidak berjijak di bumi.Sudah matikah aku? Dia terasa seperti ada sesuatu yang memegangnya. Aisya cuba membuka mata. Dia begitu terkejut melihat wajah seorang lelaki sedang memandangnya. Dekat sekali.
                 “Awak ok?” soal lelaki itu. Wajahnya terpancar kebimbangan. Aisya tidak menjawab. Matanya masih memandang lelaki itu. Lama pandangan mereka bersatu.Apa dah berlaku?
                 Aisya tersentak. Dia sudah menyedari realiti. Tubuhnya yang berada di dalam pelukan lelaki itu segera digerakkan. Dia cuba berdiri. Dia cuba menstabilkan badannya. Lelaki itu masih belum melepaskan pelukannya. “Awak ok tak?” sekali lagi Aisya diajukan soalan.
                 “Tak.. eh.. Saya ok. Boleh awak lepaskan saya?” jawab Aisya. Berpuas hati dengan jawapan Aisya barulah dia melepaskan gadis itu.
                  “Macam mana boleh jatuh ni? Nasib  baik saya ada di belakang dan sempat sambut awak. Kalau tidak boleh patah leher tahu tak. Lain kali hati-hati naik tangga. Jangan gopoh sangat” lelaki itu membebel.
                     Wah boleh tahan juga mulut mamat ni. Membebel mengalahkan perempuan. Nasib baik hensem. Bisik hati Aisya. Namun dia berterima kasih kepada lelaki itu. Kalau lelaki itu tiada mungkin dia sudah jalan.
                 “Dengar tak ni?” soal lelaki itu lagi sambil memetik jarinya ke arah Aisya. Aisya tersentak. “Ye, saya ok. Thanks,” ucap Aisya. Lelaki itu tersenyum. Mungkin  berpuas hati mendengar jawapan Aisya.
                 “Lain kali hati-hati ye,” pesan lelaki itu sebelum berlalu. Aisya terkaku. Malunya bukan kepalang. Nasib baik tiada orang yang menyaksikan adegan tadi. Kalau tidak pasti dia mendapat malu yang amat sangat.
                   Erm harap-harap lepas ini aku dah tak jumpa mamat itu tadi. Tapi andai kata kami terserempak, macam mana? Kolej ni bukannya besar sangat. Alamak malunya aku. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia? Itu lah Aisya, gopoh sangat. Tengok apa dah jadi.
                 Aisya meneruskan perjalanannya ke Unit Kimia. Dia berharap Miss Lee masih berada di mejanya. Aisya melangkah masuk ke Unit Kimia. Suasana Unit Kimia agak tenang. Tidak ramai pelajar yang ada. Aisya menarik nafas lega. Dia memandang jauh ke arah meja Miss Lee. Yes! Miss Lee ada. Tapi….
                 Tapi nampaknya ssudah ada pelajar yang Berjaya mendapatkan Miss Lee. Aisya kecewa. Namun dia tetap melangkah ke meja Miss Lee. Walau apa pun dia sudah menempah Miss Lee.
                 “Good evening Miss Lee. I’m sorry for being late,”
                 “Aisya, it’s ok. But you have to share me with this students,”  ucap Miss Lee kepadanya sambil menunjukkan ke arah  pelajar yang berada di mejanya.
                  “I hope you don’t mind,” ucap pelajar lelaki itu. Suara itu seperti pernah didengarinya. Tapi suara siapa ya? Aisya memandang pemilik suara itu. Bagai terhenti sejenak degupan jantungnya. Kenapa? Kenapa lelaki ini lagi? Terus peristiwa yang berlaku di tangga tadi menjengah di mindanya. Memang betul lah kolej ini tidak besar.
                  “Kalau awak kisah, tak mengapalah. Saya consult dengan lecturer lain,” ujar lelaki itu dan berkira-kira untuk bangun.
                  “No, no. It’s okay. I don’t mind,” Aisya memberi keizinan. Yalah, takkan dia mehu menghalau orang yang mahu menuntut ilmu.
                  “Kalau macam tu, duduk lah,” pelawa lelaki itu sambil menolak kerusinya kepada Aisya. “Erm awak?”
                   “Tak mengapa, saya boleh berdiri,” kata lelaki itu lagi. “Thanks,”
                     Tanpa membuang masa Aisya terus mengeluarkan bukunya dan mengajukan soalan kepada Miss Lee. Banyak juga yang dia tidak faham tentang bab Chemical Bond. Penerangan Miss Lee menambahkan kefahamannya. Kadang-kadang lelaki itu mencelah untuk turut bertanya. Hampir empat puluh lima minit mereka di situ, Aisya meminta diri. Pada jam tiga dia mempunyai satu lagi kuliah Matematik.
               Aisya berjalan melintasi padang untuk ke Dewan Kuliah 1. Kali ini dia tidak terburu-buru. Dia masih mempunyai sepuluh minit lagi untuk kuliah seterusnya. Sambil melangkah dia menyanyi perlahan. Lagu Hari Ini Dan Semalam dijadikan pilihannya petang itu.
                “Tadi jatuh ada luka tak?” tiba-tiba muncul suara garau tapi lembut menerpa telinganya. Gaarau tapi lembut, macam mana ya? Aisya terperanjat bukan kepalang. Dia mengurut dadanya sambil beristighfar beberapa kali. Nasib baik dia tidak terlompat di situ.
                “Sorry sorry. Tak perasan ke saya di belakang tadi?” suara itu bertanya lagi. Dia kat belakang aku? Sejak bila? Kenapa aku tak perasan? Agak-agak dia dengar ke aku menyanyi tadi? Isyyy malunya…
                 “Ada luka tak masa jatuh tadi?” tanpa menunggu jawapan Aisya, lelali itu mengulangi soalannya.
                  “Saya okay, tak ada luka pon. By the way, thanks for helping. Kalau awak tak ada entah apa yang jadi pada saya,” jawab Aisya sambil berterima kasih. Lelaki itu tersenyum. Mak aii…. Manisnya senyuman dia. Aisya memuji dalam hati.
                   “Awak ada kelas ke?” Aisya bertanya. Entah kenapa dia menjadi peramah pula. Tanpa menjawab, lelaki itu ketawa. Berkerut dahi Aisya. Apa yang kelakarnya?
                    “Awak ni kelakar lah,” ujar lelaki itu dambil ketawa.
                    “Kelakar?”
                    “Saya pun macam awak juga, nak pergi kuliah Matematik. Kita kan satu kuliah,” jelas lelaki itu. Makin berkerut dahi Aisya.
                     “Satu kuliah?”
                     “Yup, kita satu kuliah. Sebab tu saya tergelak bila awak tanya saya macam tu,”jelas lelaki itu lagi dalam sisa tawanya. Aisya mengangguk perlahan.
                     “Maaf lah, saya tak perasan yang awak ni satu kuliah dengan saya. Sebab tu saya tanya,”. Tawa lelaki itu terhenti. Giliran dia pula mengangguk-angguk.
                      Kejap kejap. Satu kuliah? Aku dengan dia satu kuliah? Maknanya setiap hari aku akan berhadapan dengan dia? Ya Allah, perasaan malu tadi pun massih belum hilang. Macam mana dia nak berhadapan dengan lelaki itu. Aisya bermonolog dalam hati.
                       Mereka beriringan memasuki Dewan Kuliah 1. Kelihatan dewan kuliah sudah dipenuhi dengan peljar-pelajar. Aisya mencari tempat kosong. Dari jauh dia ternampak Amalina sedang melambai ke arahnya. Paasti Amalina sudah menjaga tempat untuknya. Aisya segera duduk di sebelah Amalina.
                       “Aisya, siapa mamat tadi?” baru sahaja Aisya melabuhkan pinggulnya, Amalina sudah bertanya.
                     “Mamat tadi? Mamat mana pulak ni?”
                     “Alah, mamat yang masuk sekali dengan Aisya tadi. Siap tolong bukakan pintu untuk Aisya,”
                    “Oh mamat itu. Tadi masa Aisya pergi consult dengan Miss Lee, dia pun ada sama. So, kitaorang datang sama-sama,” jelass Aisya.
                     “Apa nama dia?” Amalina menyoal lagi. Nama? Tidak terlintas pula di fikirannya untuk bertanya nama lelaki itu.
                       “Entah, lupa nak tanya,”jawab Aisya jujur. Amalina mencebik. Tidak berpuass hati dengan jawapan Aisya.
                       “Apa la Aisya ni. Sekurang-kurangnya tanyalah nama apa, asal mana,” rungut Amalina. Aisya hanya tergelak dengan rungutan rakannya. Dia segera mengeluarkan buku nota dan sebatang pen.
                        “Disebabkan Aisya tak tanya nama dia, so kita kena fikirkan gelaran untuk dia,” tiba-tiba Syafinaz menyampuk. Amalina mengangguk tanda setuju. Aisya memandang kedua rakannya. Masih tak habis lagi cakap pasal mamat itu.
                           “Gelaran? Kenapa perlu bagi gelaran pada dia?” Aisya bingung. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Amalina dan Syafinaz.
                            “Kita panggil dia Mr. Handsome,” tanpa menjawab pertanyaan Aisya, Amalina member cadangan.
                             “Tak boleh, kolot sangat, carilah nama lain.Ermm… Mr. Perfect?” cadang Syafinaz pula.
                              “Tak boleh, tak semua orang perfect atas dunia ni,”kali ini Amalina pula menolak.
                              “Hah, aku tahu, Mr. Dimple!” Amalina sedikit berteriak. Syafinaz tersenyum. Kelihatan dia bersetuju dengan cadangan itu.
                              “Mr. Dimple?”
                           
                     

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...